Feb 2, 2013

Who's Your Wife?

Assalamualaikum (to Muslim), and hello!

Firstly, I want to apologize sebab dah lamaaa sangat tak update blog ni. Dah berhabuk dah. Sangat busy lately. I dah start internship sekarang. Ulang-alik Bangi-KL every working days. Balik, sampai rumah, terus rasa nak dinner and tidur terus. Jangan marah eh? Hehe. Ini pun weekend, so boleh la update, curi-curi masa sikit.

Talk about internship, I ni pepagi jam 6.10 - 6.15 dah bertolak drive to the office at Jalan Semarak. Awal gila kan? Ini semua sebab ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk pepagi kat KL tu. Sedih, nak breakfast kat rumah pun tak dapat *nangis*. So, sampai office baru breakfast. Nasib baikkedai2 kat depan office tu dah ada yg buka pepagi tu sebab normally, I will arrive at the office dalam 6.45 - 7.00. So, ada banyak masa utk breakfast sebab office hour starts at 8.30. Tapi, biasanya jam 8.00 i dah masuk office sebab nak buka labs. Nevermind. Bukan itu yang ingin diceritakan sebenarnya. Haha.

Ok, go to the point.
Normally, pepagi I pergi breakfast kat depan office tu kan? Ada satu hari ni, I pergi la breakfast. Makan Tosai giteww. Tetiba datang sepasang human beings (Malays) ni duduk sebelah table I duduk tu. I biar je la. Sebab dah memang diorang nampak normal. Seorang lelaki, dan seorang perempuan. Yang lelaki tu umurnya dalam 40+. Maybe 40, 41 kot? Dan yang perempuan pula umurnya lebih kurang 25, 26 rasanya. Muda la perempuan tu. Tapi, make up MasyaALLAH, tebal.

Tengah syok la I makan, diorang datang, duduk, dan terus order kat mamak tu. I buat relax je laa. After about 1 minute dia duduk tu, tetiba I terdengar that lady started a conversation. Conversation yang sangat awkward apabila sesorang bujang macam I dengar.

That girl tanya,

"Eh, you tak breakfast kat rumah ke?"

Then, that guy jawab,

"Tak. Taknak lah. My wife masak tak sedaplah."

Ok. That was really awkward. I almost tersembur bila dengar. Nasib baik tak tersembur. Kalau tak, tak pasal-pasal je jadi lagi awkward. Fuhh!

Then the conversation bersambung after mamak tu hantar minuman kat diorang. That girl cakap,

"Really? Ishh. Teruknya! Habis tu, I masak sedap ke bagi you?"

Then , that guy  went like,

"Eh, of course la you masak sedap! Tak macam my wife. I rindu nak makan spaghetti you buat macam yg you bawa untuk I haritu."

Ok. I taknak cerita banyak lagi pasal benda tu sebab I macam tak boleh tahan sangat dengar apa yang diorang cakap. Rasa bingit telinga time tu.

Sekarang ni, straight to the point.
Wahai, pakcik. Seronok ya, kutuk bini depan perempuan lain? Cerita dalam kelambu pun nak dihebahkan. Seronok simpan perempuan ya?
Pakcik tak rasa ke macam pakcik kutuk diri sendiri bila pakcik kutuk bini pakcik? Yelah, bini pakcik tu lah perempuan yang pakcik kahwini. Perempuan pilihan pakcik dulu. Kenapa kutuk? Kutuk diri sendiri, sebab tak pandai pilih calon bini eh? Kalau memang dah tak pandai pilih calon bini, tak mustahil pakcik akan ulangi lagi. Perempuan yang duduk depan pakcik, join pakcik kutuk2 bini pakcik tu, belum tentu akan jadi isteri pakcik yang baik. Dari pandangan saya pun, saya dah tau dia cuma nak duit pakcik. Tak nampak solehah pun. Tudung pun tak pakai. Pakaian pun ketat. Make up pun tebal. Bukan nak fitnah. Cuma selalunya penampilan sesorang tu boleh menggambarkan perwatakannya. Sudah-sudahlah pakcik. Hargailah isteri pakcik kat rumah tu. Apa yang kurang boleh ditegur. InsyaALLAH, isteri pakcik tu boleh berubah. Masalah rumahtangga pakcik tu tak patut diceritakan pada orang lain. Kalau betul dah tak tahan, pergilah cari counselor. Lebih bagus a counselor boleh memberi cadangan yang lebih bernas kepada pakcik.

Dan wahai kaum hawa.
Suka la ada orang sponsor hidup korang?
I selalu baca kat Twitter, Facebook, blog gadis-gadis muda yang mengatakan,
"Perempuan tidak ingin disakiti lelaki."
"Hati wanita bagaikan kaca yang mudah pecah. Sekali retak, sudah tidak boleh dibaiki."
Tapi, kenapa perempuan juga yang membuatkan hati kaumnya tersakiti? In this case, perempuan tak fikir ke apa yang akan terjadi when his wife finds out about you and her husband? Fikir, perempuan. Fikir. Kalau korang taknak disakiti, jangan menyakiti. You know how Karma works. Allah tu Maha Adil. What goes around, comes around. Don't bullshit me by telling you don't believe in Karma. Cuba fikir, jika you ditempat his wife, apa you rasa when you find out? Seriously, don't be a b*tch.

Yang lelaki, gatal. Yang perempuan, materialistik.

K. Emo kejap. Malas nak cerita banyak-banyak dah. Pandai-pandailah fikir mana baik, mana buruk.

Thank you for reading. Have nice days ahead. Assalamualaikum.

Nov 8, 2012

Surat Untuk Pembaca Setia yang Awesome!

Hi you awesome readers. :)

This is going to be a very short entry since I have no time to update.

I want to apologize to all those readers yang setia menghadap my blog yang tak seberapa ni sebab I dah lamaaa tak update blog ni. Dah bersawang-sawang dah. Korang masuk sini pun boleh kena jangkitan selesema yang serious (menipu gila). Haha



I minta maaf sangat sebab tak update dah berapa lama ni. I am really busy right now. Maklumlah hidup sebagai seorang student Diploma in Programming ni. Lagi2 bila dah nak habis diploma ni haa. memang tersangatlah busy. Dengan Final Year Project yang baru je lepas presentationnya. Dengan Final Exam lagi seminggu je tinggal. Dengan nak study four subjects yang heavy gila. Dengan assignments yang bersepah-sepah. Dengan class ganti. Dengan nak fikir practical next sem. Dengan tests and quiz yang beratur panjang. Dengan masalah-masalah kat campus. dengan daily classes yang berderet-deret. Tak menang tangan dibuatnya. Bila balik rumah or weekends pun, fikir nak rehatkan kepala otak ni je. Penat sangat. Ada yang sampai weekend pun lecturer nak buat class. So, memang tak sempat nak update. Minta maaf sangat-sangat.

But don't worry. I will be back after my final papers are over. Lebih kurang hujung November ni la. I'll get you something interesting to read, insyaALLAH. So, stay tuned! Janganlah tinggalkan blog ni. Share dengan kawan-kawan jika ada informations yang korang rasa berguna. Tinggalkan comments and opinions jika ada sesuatu kemusykilan atau apa-apa je yang mengganggu kotak fikiran korang. Jangan segan, jangan malu. I terima je apa yang korang nak tanya atau sampaikan. I pun manusia juga. Bukan robot. Hehe.

Eh, macam nak terpanjang pula entry ni. Tak, tak. Entry ni pendek je bagi I. Hihi.

Thank you for reading. Have nice days ahead, InsyaALLAH. :)

Oct 12, 2012

Ladies and Appearance

Hi, readers and visitors!
Sorry for not updating this blog with new entry for quite awhile.Been so busy and I've got a really bad fever with extra cough-variant asthma. So, memang takda mood to update. Sorry sangat. (Tapi sebenarnya this post dah half-done dan dah lamaaa duduk dalam draft box. Hehe.)

I would really like to share my opinions with you about ladies. And their appearances. Termasuklah dressing dan makeup. Ini disebabkan I dah lihat pelbagai jenis wanita kat luar sana tu. Pelbagai jenis outfit dan pelbagai jenis makeover yang mereka gunakan untuk berpenampilan menarik la kononnya.

Firstly. I nak menasihati kaum hawa yg sentiasa mengenakan tudung/hijab. Sila jaga penampilan anda sebab anda membawa imej Islam atau lebih tepat, muslimah. Jangan malukan Islam dengan mengenakan tudung/hijab bersama baju yang berlengan pendek atau seluar yang ketat macam sarung nangka, atau kedua-duanya sekali. Tak manis orang pandang. Korang dah tutup aurat rambut. Tapi kenapa tak tutup aurat yang lain? Yang baju jarang pun satu hal. Sila pakai pakaian dalam yang lengkap menutup aurat sekiranya anda tidak mahu meraih dosa extra. Thank you. Lagipun tiada lelaki muslim yang suka melihat anda berpenampilan sebegitu rupa. Mereka lagi menyampah ada laa. Sebab korang memalukan Islam. So, sila jaga. Kalau ada lelaki yang suka tu, dia memang dah tak betul la maknanya.

It is alwaaays better to see you, ladies like this,

Than like this,

Korang pun boleh bezakan yang mana lebih cantik kan? Hehe

Yang ke-dua, kalau korang make-up. I know, memang ada sesetengah ladies yang tak suka make-up pun sebenarnya. I nak tegur/nasihat korang2 yang suka make-up. Bukan tak boleh nak make-up. Boleh. But, can you please hold my words, "Too much make-up is changing, whereas just enough make-up is enhancing. Enhancing is better than changing." I nak bagitahu satu secret yang I rasa korang pun dah tau. Lelaki tak suka tengok gadis yang make-upnya terlalu tebal. Jgn tanya kenapa kalau mereka tegur kalian mcm ni,

"Excuse me, I think there's a face in your make-up." 

Sebab korang memang totally nampak sangat pelik. Tak cantik pun. Kepada yang Islam, dah termaktub, kalau kita mengubah kejadian Tuhan tanpa sebarang sebab yang munasabah, berdosa. Tak perlu lah make-up tebal2. Be yourself. Be natural. Tak perlu jadi orang lain. Tiada manusia yang tak cantik. Lain orang, lain pandangannya. Tapi, bila make-up tebal 5 inci, lelaki lagi tak suka tengok. Maaflah ya, I bukan nak menghentam perempuan. Just nak menasihatkan. Sebab I ada pernah beberapa kali ternampak gambar yang membuatkan rupa seseorang perempuan tu sepeti Pontianak sebab make-up tebal sangat. Kalau korang nak tarik perhatian seseorang lelaki sekali pun, tarik hati dia. Bukan pandangan dia. 
Sebenarnya, lelaki lagi suka tengok gadis yang macam ni;
Cantik, ayu je. Nampak natural.

Daripada macam ni;
Dah macam badut sarkas.
See girls. You don't need to be someone else. Kadang2 tu I sendiri pelik. Muka dia dah cantik without make-up. Tapi, kenapa dia hancurkan rupa dia dengan make-up yang tebal2 macam badut. Lagipun Malaysia ni panas. Kalau make-up tebal2 pun, nanti cair. Bertambah buruk rupanya nanti. Dengan peluh2 bagai. Hehe.

Tu je lah kot for this entry.
Thank you for reading. Have nice days ahead, InsyaALLAH. :)

Sep 24, 2012

Artis Baru, Bakat dan Kelakuan

Hi, readers!

Sekarang ni berduyun-duyun artis dan bakat baru yang semakin meningkat prestasinya. Termasuk juga kawan-kawan I yang dah berjaya bergelar artis walaupun masih baharu. Bila dah ramai, banyak juga lah ragam yang boleh kita describe daripada mereka. Di sini, I nak memberikan sedikit pendapat daripada pemerhatian atau pun dalam bahasa omputeh, opinions from my observations tentang artis-artis baru. Ini hanya pandangan daripada I, bukanlah nak mengutuk ke apa. Just nak menasihatkan segelintir bakat-bakat baru. Ada bakat ke? Ehh?

I ni bukanlah nak tunjuk pandai ke apa ke. I mengaku memang I tak pernah rasa bergelar celebrity. Just that some artists macam annoying dan banyak menimbulkan publisiti-publisiti murahan yang entah apa-apa dan yang tak sepatutnya. Ramai juga kawan-kawan I yang dah jadi artis ni. Tapi, drpd apa yang I observe, segelintir daripada mereka berubah daripada baik ke tidak baik. Daripada putih ke hitam. Daripada terang ke gelap. I cakap segelintir sahaja. Tak semua. Ada yang ok.

Firstly, I nak comment sikit about bakat yang korang ada. I memang takda bakat menyanyi. Berlakon, I tak pernah cuba lagi. Hehe. Just that ada sesetengah artis baru yang sebenarnyaa tak berbakat pun. Contohnya dalam bidang nyanyian. Ada yang suara hampeh. Tapi, lagu ditulis adalah amat baik. Jadi di sini, patutkah orang-orang seperti ini bergelar penyanyi? Bagi I, tak patut. Sebaliknya, mungkin dia boleh menjadi penulis lirik atau komposer instead of penyanyi. Tapi, dia punya berlagak, macam dah 30 tahun dalam bidang nyanyian. Mungkin boleh kalau dia nak sangat jadi penyanyi. Just carilah jalan untuk improve bakat nyanyian dia. Kalau suara sedap, tapi flat, cari lah kelas vokal untuk mantapkan lagi vokal mereka. Ingat, ini cuma pendapat. Jangan pula ada yang datang menyerang I pula lepas ni. Kalau korang nak dengar, alhamdulillah. Kalau korang taknak dengar, ignore this entry.

Ada juga artis baru yang belum cukup berbakat tapi dah menimbulkan macam-macam kontroversi dan publisiti-publisiti yang sangat annoying. Like everyday, mesti ada je post dari blogger-blogger tegar yang menceritakan gossip-gossip artis yang sama. Macam-macam hal. Yang bergaduh sana sini. Yang panas baran. Berlakon or menyanyi tak seberapa pun padahal. Nak famous punya pasal, jatuhkan maruah sendiri. Konon-konon orang kenal la kalau nama asyik appear kat news feed Facebook or timeline Twitter rakyat Malaysia? Tak malu ke? Tapi, kelakuan macam ni, bukanlah artis baru je. Artis-artis senior pun ramai juga. Cuma I nak highlight kan untuk artis-artis baru, janganlah cuba nak kejar fame dengan menimbulkan this kind of publicity. Korang takmau orang menyampah ngan korang kan? 

Ada lagi satu jenis ni, tak habis-habis update status Facebook and Twitter yang berunsurkan kebencian. Tak cukup kebencian, merendahkan orang lain. Tak cukup merendahkan orang lain, maki hamun orang lain. Contohnya,

"Aku benci tengok manusia-manusia yang suka menyemak depan batang hidung aku. Konon nak tunjuk dia style dengan pakai pakaian out-dated macamtu."
*Padahal orang tu bukan kenal dia as an artist pun. Berlagak lebih.

"Sorry la, I tak layan orang-orang yang tak setaraf dengan I. Jijik."
*Padahal baru dapat berlakon extra or dapat jadi background singer.

"Macam bangang la ada orang tu nak condemn2 aku. Kau ingat kau siapa? Kau tak kenal aku siapa ke?"
*Konon-konon dia dah jadi artist paling popular. Padahal.

Haa. See? Sorry la kalau ada artis-artis baru kat luar sana yang terasa. Just peringatan untuk korang. I taknak korang terlalu hanyut bila dah bergelar artis. I taknak korang melupakan asal-usul korang. Jadilah yang terbaik di antara yang terbaik. Harumkan nama Malaysia dengan menunjukkan contoh yang baik di mata dunia. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi korang.

Like I said earlier. Bukan semua artis yang lupa daratan. ada yang sangat ok. Seperti salah seorang kawan saya. I perhatikan, namanya semakin menaik di Malaysia. Lagu-lagunya semakin hari semakin kerap diputarkan di radio. Dialah Daiyan Trisha. I suka cara dia. Sangat sempoi. Dia jarang mengabaikan peminat-peminat dia. Dia tak pernah membenci haters dia. Dia selalu berfikiran positif. Selalu reply tweet dari peminat-peminat dia (Termasuk I. Ehem. Ehem.) And kalau ada apa-apa yang disuarakan oleh haters dia, dia akan take it positively. Dia akan take it as the fuel of her improvements. Itu gunanya haters sebenarnya. Betul ke ni, Yan? (Kalau you baca. Hopefully you baca lah). Oh btw, inilah Daiyan Trisha yang saya perkatakan;

Comel kan? Comel kan? :3
Mungkin ada yang dah kenal dengan Daiyan Trisha ni. Dan mungkin ada yang masih belum kenal. Jadi I nak memperkenalkan rakan saya si gadis molek yang bernama Daiyan Trisha ni bukan sahaja aktif dalam bidang nyanyian (singing) malah beliau juga ada melibatkan diri dalam bidang peragaan (modeling) dan baru-baru ini, dalam bidang lakonan (acting). Beliau juga ada menulis sebuah lagu baru-baru ini yang bertajuk 'After The Rain'. Kalau korang nak tengok video-video covers lagu yang dia post, nak like fanpage dia, dan nak follow Twitter dia, boleh click kat link2 bawah ni.




Oh, marilah kita sama-sama dengar lagu dendangan Daiyan Trisha yang bertajuk 'After The Rain'. Sangat mengasyikkan. LOL. I love this song. :)

*Pause the main song to play this video

Maaflah jika ada terkasar bahasa. Thank you for reading. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)

Sep 18, 2012

Mika And Nina The Hedgehogs

"Hi! saya Mika!"

"Saya Nina!"

"Ini kisah kami berdua!"

"Kami suka main dalam pipe PVC yg owner kami belikan."

"Ni kami panggil 'The Yin Yang pose'!"

"Kami suka gulung badan cemni. Konon-konon kami nampak cute la bila buat cemni."

"Walaupun saya jantan, saya lagi penakut daripada Nina."

"Ni muka 'konon-konon sedih' saya."

"Dan inilah rupa kami waktu tidur. Comel tak? Comel tak? Hihi."

"Dah lah. Saya nak nyorok ni. Bye2." 

Thank you for reading! Have nice days ahead, insyaALLAH. :3