Jan 19, 2010

Selamat Tinggal, Aunty Faridah :'(

Pertama sekali, saya mengucapkan takziah ke atas pemergian salah seorang ahli keluarga Encik Khalid Saad iaitu isterinya, Puan Faridah Hashim yang telah meninggal dunia pada pukul 2.30 a.m, 17 hb Januari 2010 yang lepas. Saya, sebagai rakan kepada anak beliau, turut bersedih atas pemergiannya. Walau bagaimanapun, setiap ahli keluarga dinasihatkan agar tidak terlalu sedih kerana hal ini akan menimbulkan kesusahan si mati ketika memulakan perjalanan hidupnya di dunia yang lain. Perbanyakkan selawat serta doa kepada Allahyarhamah. Insyaallah kehidupannya di sana menjadi lebih tenang. Allah itu Maha Penyayang. Takziah sekali lagi.


Al-Fatihah untuk ibu kepada Amira Khalid, Amir Khalid, Arisa Khalid, dan Aidil Khalid, Allahyarhamah Puan Faridah Hashim yang telah kembali ke Rahmatullah. Berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan akan menjalani kehidupan di alam barzakh dengan penuh ketenangan. Amin...

No comments: