Gambar hiasan |
Dalam dunia ni ada macam2 jenis manusia. So, mestilah ada macam2 jenis student and macam2 jenis lecturer jugak kan? Sebab diorg pun manusia. Jadi, apa yang akan I perkatakan dalam entry ni, tak semua lecturer patut ikut sebab lecturer ada gaya masing2. Just my opinions je. Tapi, I rasa utk students, sepatutnya ikutlah. Sebab entry ni about your manners between you and your lecturer.
So, first sekali, I nak pergi kepada students punya manners towards their lecturers. I rasa, better I bagi dalam points. So, here are the do's and the don'ts;
- Students perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh lecturer. Tanpa sebarang bangkangan.
- Kalau lecturer suruh datang pada pukul sekian2 di tempat sekian2, student perlulah hadir tepat pada waktunya. Janganlah sengaja2 pergi lambatkan diri tu. Bila you lambat, you akan piss off the lecturer. Plus, bila you masuk2 and terus duduk mcmtu je. Lecturer nampak je macam cool, tapi dia pendam. At least bagitahu la lecturer kenapa you lambat.
- Pakaian pun kena jaga sebab sesetengah lecturer tak suka tengok student2 dia selekeh2. Jadikan dia hilang mood utk mengajar sebab bila you selekeh, you tak nampak macam orang yang bersedia utk belajar. Tak terurus.
- Kalau you dah lewat sangat utk masuk ke kuliah, contohnya satu jam lewat, tak perlu masuk terus melainkan ada perkara penting seperti test atau quiz sebab you akan mengganggu kuliah tersebut. Dan akan buat lecturer lebih pissed off terhadap you.
- Students perlu beradab dengan lecturer.
- Waktu lecturer mengajar kat depan, you kenalah concentrate dan dengar apa yang diajar. Bila you buat bising or bercakap kat belakang, bukan kata lecturer, students lain pun akan get distracted. Mereka tengah focus, you guys bising2 memekak-mekak.
- Jangan bahan-bahan lecturer time dia tengah mengajar terutama bila dia tersasul or tersalah cakap. Walau macam mana cool pun dia, jangan bahan dia. Sebab you akan menjatuhkan air muka dia. Maruah dia. And of course dia tak suka bila benda mcmtu terjadi. Kalau you buat mcmtu kat dia, jgn tanya kenapa kalau pointer you rendah utk subject dia.
- Bantu lecturer kalau dia dalam kesusahan. Kalau tengok dia angkat banyak benda berat, tolong lah dia angkat sedikit. Kalau you baik, tolong angkat semua pun takpa. Bukannya rugi pun you. Dapat pahala lagi ada. Kan? And kemungkinan dia pun akan tolong you utk pointer subject dia. :D
- Jangan bercakap kasar atau meninggikan suara dengan lecturer. Sekali lagi, kalau you meninggikan suara dengan dia, dia akan rasa tak dihormati dan terasa maruah dia sebagai seorang lecturer dijatuhkan. So, ingat. Kalau nak pointer tinggi, jagalah pertuturan dengan lecturer. Kalau ada apa2 yang nak diutarakan, jumpa dia face to face at the office. Settle kan cara baik. Kan lebih elok.
- Buat lecturer macam kawan. Tapi, kekalkan penghormatan. Bila you rapat dengan dia, lagi senang dia nak mark kertas you nanti. Sebab dia faham kalau ada apa2 kesilapan yang tak disengajakan atas paper you tu. Sebab dia kenal you! Haaa
Tu sahaja kot utk students. Sebenarnya ada banyak lagi. Kalau you guys ada apa2 experience, jomlah share kat comment.
So, sekarang, I nak pergi kepada lecturers punya manners towards students pula ;
- Lecturer perlu faham keadaan students.
- Kalau ada student yang datang lewat ke kelas you, you kenalah pertimbangkan sama ada dia memang selalu lewat atau jarang2 atau baru pertama kali. You sepatutnya minta alasan mereka. Mana tahu mereka memang betul2 tak sengaja atau mengalamai kesusahan ketika dalam perjalanan atau yang sewaktu dengannya? Kesian mereka. Penat2 berkejar ke kuliah, tiba2 lecturer tandakan 0 pada namanya di atas log attendance. Kan tak patut tu. Tapi, kalau dia selalu lewat, memang patut repeat paper pun. Tu melampau namanya.
- Kalau rambut students panjang and you tak suka dia macamtu, better you tegur dulu. Sebab mngkin dia memang berniat nak potong, cuma masih belum berkesempatan atau tidak berduit (budget lari). Bagi dia sekian2 tempoh utk potong rambut. Kalau boleh bagi dia seminggu, dua. So, takdalah dia berkejar2 sangat.
- Lecturer perlu punctual.
- Lecturer pun perlulah datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Jangan buat students tunggu lama2 sebab bila you buat macamtu, end up diorang hilang mood nak belajar. Dah seronok dia datang dengan semangat kemain borkobar2, tetiba lecturer masuk class lambat sejam. Hangin jugaklah mereka kan? Jgn fikir hangin you kat diorang je.
- Lecturer juga perlulah inform student awal2 sekiranya class terpaksa dilewatkan, atau dibatalkan. Jangan tinggal five minutes dah nak start class, baru inform. Tekanan kawan dibuatnya. Tambah2 yang duduk luar dan jauh. Kalau yang duduk hostel tu boleh gagah lagi la tak payah keluar duit nak pergi class. Yang duduk luar tu, duit minyak lagi. Tambah yg bawa kereta. Haa. Kalau lewat pun bagitahu awal2 sebab tak perlulah students tercongok tunggu depan pintu hall/class/lab. Boleh jugak dia pergi breakfast ke, lunch dulu sementara tunggu masa nak masuk class, kan?
- Bagi assignments/lab pun kenalah tepat pada waktunya. Kalau tak, habis lah segala kerja nak kena buat sekali. Penat otak students nak memikirkannya. Tak menang tangan. And sepatutnya satu kerja, bagi lah tempoh one week. So, takdalah terkejar2 students nak buat kerja. Ini tak. Bagi kerja 10 pages harini. Esok nak lengkap report siap semua. Hamik kau. Memang takda orang hantarlah. Jangan salahkan sesiapa kalau jadi mcmtu. Salahkan diri sendiri eh? Sebab tak menguruskan masa dengan baik.
I rasa tu je lah kot yang I nak sampaikan dalam entry ni. The conclusion is, between students and lecturers, masing2 kena jagan manners masing2. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Thank you for reading. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)
2 comments:
kena bg lecturer bce ni...huhu
Silakan. :D
Post a Comment