Sekarang ni berduyun-duyun artis dan bakat baru yang semakin meningkat prestasinya. Termasuk juga kawan-kawan I yang dah berjaya bergelar artis walaupun masih baharu. Bila dah ramai, banyak juga lah ragam yang boleh kita describe daripada mereka. Di sini, I nak memberikan sedikit pendapat daripada pemerhatian atau pun dalam bahasa omputeh, opinions from my observations tentang artis-artis baru. Ini hanya pandangan daripada I, bukanlah nak mengutuk ke apa. Just nak menasihatkan segelintir bakat-bakat baru. Ada bakat ke? Ehh?
I ni bukanlah nak tunjuk pandai ke apa ke. I mengaku memang I tak pernah rasa bergelar celebrity. Just that some artists macam annoying dan banyak menimbulkan publisiti-publisiti murahan yang entah apa-apa dan yang tak sepatutnya. Ramai juga kawan-kawan I yang dah jadi artis ni. Tapi, drpd apa yang I observe, segelintir daripada mereka berubah daripada baik ke tidak baik. Daripada putih ke hitam. Daripada terang ke gelap. I cakap segelintir sahaja. Tak semua. Ada yang ok.
Firstly, I nak comment sikit about bakat yang korang ada. I memang takda bakat menyanyi. Berlakon, I tak pernah cuba lagi. Hehe. Just that ada sesetengah artis baru yang sebenarnyaa tak berbakat pun. Contohnya dalam bidang nyanyian. Ada yang suara hampeh. Tapi, lagu ditulis adalah amat baik. Jadi di sini, patutkah orang-orang seperti ini bergelar penyanyi? Bagi I, tak patut. Sebaliknya, mungkin dia boleh menjadi penulis lirik atau komposer instead of penyanyi. Tapi, dia punya berlagak, macam dah 30 tahun dalam bidang nyanyian. Mungkin boleh kalau dia nak sangat jadi penyanyi. Just carilah jalan untuk improve bakat nyanyian dia. Kalau suara sedap, tapi flat, cari lah kelas vokal untuk mantapkan lagi vokal mereka. Ingat, ini cuma pendapat. Jangan pula ada yang datang menyerang I pula lepas ni. Kalau korang nak dengar, alhamdulillah. Kalau korang taknak dengar, ignore this entry.
Ada juga artis baru yang belum cukup berbakat tapi dah menimbulkan macam-macam kontroversi dan publisiti-publisiti yang sangat annoying. Like everyday, mesti ada je post dari blogger-blogger tegar yang menceritakan gossip-gossip artis yang sama. Macam-macam hal. Yang bergaduh sana sini. Yang panas baran. Berlakon or menyanyi tak seberapa pun padahal. Nak famous punya pasal, jatuhkan maruah sendiri. Konon-konon orang kenal la kalau nama asyik appear kat news feed Facebook or timeline Twitter rakyat Malaysia? Tak malu ke? Tapi, kelakuan macam ni, bukanlah artis baru je. Artis-artis senior pun ramai juga. Cuma I nak highlight kan untuk artis-artis baru, janganlah cuba nak kejar fame dengan menimbulkan this kind of publicity. Korang takmau orang menyampah ngan korang kan?
Ada lagi satu jenis ni, tak habis-habis update status Facebook and Twitter yang berunsurkan kebencian. Tak cukup kebencian, merendahkan orang lain. Tak cukup merendahkan orang lain, maki hamun orang lain. Contohnya,
"Aku benci tengok manusia-manusia yang suka menyemak depan batang hidung aku. Konon nak tunjuk dia style dengan pakai pakaian out-dated macamtu."
"Aku benci tengok manusia-manusia yang suka menyemak depan batang hidung aku. Konon nak tunjuk dia style dengan pakai pakaian out-dated macamtu."
*Padahal orang tu bukan kenal dia as an artist pun. Berlagak lebih.
"Sorry la, I tak layan orang-orang yang tak setaraf dengan I. Jijik."
*Padahal baru dapat berlakon extra or dapat jadi background singer.
"Macam bangang la ada orang tu nak condemn2 aku. Kau ingat kau siapa? Kau tak kenal aku siapa ke?"
*Konon-konon dia dah jadi artist paling popular. Padahal.
Haa. See? Sorry la kalau ada artis-artis baru kat luar sana yang terasa. Just peringatan untuk korang. I taknak korang terlalu hanyut bila dah bergelar artis. I taknak korang melupakan asal-usul korang. Jadilah yang terbaik di antara yang terbaik. Harumkan nama Malaysia dengan menunjukkan contoh yang baik di mata dunia. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi korang.
Like I said earlier. Bukan semua artis yang lupa daratan. ada yang sangat ok. Seperti salah seorang kawan saya. I perhatikan, namanya semakin menaik di Malaysia. Lagu-lagunya semakin hari semakin kerap diputarkan di radio. Dialah Daiyan Trisha. I suka cara dia. Sangat sempoi. Dia jarang mengabaikan peminat-peminat dia. Dia tak pernah membenci haters dia. Dia selalu berfikiran positif. Selalu reply tweet dari peminat-peminat dia (Termasuk I. Ehem. Ehem.) And kalau ada apa-apa yang disuarakan oleh haters dia, dia akan take it positively. Dia akan take it as the fuel of her improvements. Itu gunanya haters sebenarnya. Betul ke ni, Yan? (Kalau you baca. Hopefully you baca lah). Oh btw, inilah Daiyan Trisha yang saya perkatakan;
Comel kan? Comel kan? :3 |
Oh, marilah kita sama-sama dengar lagu dendangan Daiyan Trisha yang bertajuk 'After The Rain'. Sangat mengasyikkan. LOL. I love this song. :)
*Pause the main song to play this video
Maaflah jika ada terkasar bahasa. Thank you for reading. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)
2 comments:
people see things differently and have the different perceptions, there's no denying that. to me, to be an entertainer, you must look and act like the entertainer. you must have intelligence, you must not act in ignorance. so that the fans will always love and respect them as well! :)
send my best regards from Jakarta to pretty Sis Daiyan!!! she's beautiful indeed. :)
Aww. Thank you for the comment. InsyaALLAH, will do. :)
Post a Comment