Showing posts with label courtesy. Show all posts
Showing posts with label courtesy. Show all posts

Sep 10, 2012

Students And Lecturers

Hi, readers! I realized that I didn't update my blog with new entry for two days already. Sorry about that. I've been busy the whole weekend.

Gambar hiasan
Students and lecturers. Agak2 you guys tau tak I nak cakap pasal apa? Haa. Kalau you guys teka yang I nak cakap pasal manners between students and lecturers, then you're right! I wanna repeat, the manners BETWEEN students and lecturers. Tak semestinya lecturers je. Cikgu termasuk sekali. Hehe.

Dalam dunia ni ada macam2 jenis manusia. So, mestilah ada macam2 jenis student and macam2 jenis lecturer jugak kan? Sebab diorg pun manusia. Jadi, apa yang akan I perkatakan dalam entry ni, tak semua lecturer patut ikut sebab lecturer ada gaya masing2. Just my opinions je. Tapi, I rasa utk students, sepatutnya ikutlah. Sebab entry ni about your manners between you and your lecturer.

So, first sekali, I nak pergi kepada students punya manners towards their lecturers. I rasa, better I bagi dalam points. So, here are the do's and the don'ts;

  • Students perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh lecturer. Tanpa sebarang bangkangan.
    • Kalau lecturer suruh datang pada pukul sekian2 di tempat sekian2, student perlulah hadir tepat pada waktunya. Janganlah sengaja2 pergi lambatkan diri tu. Bila you lambat, you akan piss off the lecturer. Plus, bila you masuk2 and terus duduk mcmtu je. Lecturer nampak je macam cool, tapi dia pendam. At least bagitahu la lecturer kenapa you lambat.
    • Pakaian pun kena jaga sebab sesetengah lecturer tak suka tengok student2 dia selekeh2. Jadikan dia hilang mood utk mengajar sebab bila you selekeh, you tak nampak macam orang yang bersedia utk belajar. Tak terurus.
    • Kalau you dah lewat sangat utk masuk ke kuliah, contohnya satu jam lewat, tak perlu masuk terus melainkan ada perkara penting seperti test atau quiz sebab you akan mengganggu kuliah tersebut. Dan akan buat lecturer lebih pissed off terhadap you.
  • Students perlu beradab dengan lecturer.
    • Waktu lecturer mengajar kat depan, you kenalah concentrate dan dengar apa yang diajar. Bila you buat bising or bercakap kat belakang, bukan kata lecturer, students lain pun akan get distracted. Mereka tengah focus, you guys bising2 memekak-mekak.
    • Jangan bahan-bahan lecturer time dia tengah mengajar terutama bila dia tersasul or tersalah cakap. Walau macam mana cool pun dia, jangan bahan dia. Sebab you akan menjatuhkan air muka dia. Maruah dia. And of course dia tak suka bila benda mcmtu terjadi. Kalau you buat mcmtu kat dia, jgn tanya kenapa kalau pointer you rendah utk subject dia.
    • Bantu lecturer kalau dia dalam kesusahan. Kalau tengok dia angkat banyak benda berat, tolong lah dia angkat sedikit. Kalau you baik, tolong angkat semua pun takpa. Bukannya rugi pun you. Dapat pahala lagi ada. Kan? And kemungkinan dia pun akan tolong you utk pointer subject dia. :D
    • Jangan bercakap kasar atau meninggikan suara dengan lecturer. Sekali lagi, kalau you meninggikan suara dengan dia, dia akan rasa tak dihormati dan terasa maruah dia sebagai seorang lecturer dijatuhkan. So, ingat. Kalau nak pointer tinggi, jagalah pertuturan dengan lecturer. Kalau ada apa2 yang nak diutarakan, jumpa dia face to face at the office. Settle kan cara baik. Kan lebih elok.
    • Buat lecturer macam kawan. Tapi, kekalkan penghormatan. Bila you rapat dengan dia, lagi senang dia nak mark kertas you nanti. Sebab dia faham kalau ada apa2 kesilapan yang tak disengajakan atas paper you tu. Sebab dia kenal you! Haaa
Tu sahaja kot utk students. Sebenarnya ada banyak lagi. Kalau you guys ada apa2 experience, jomlah share kat comment.

So, sekarang, I nak pergi kepada lecturers punya manners towards students pula ;
  • Lecturer perlu faham keadaan students.
    • Kalau ada student yang datang lewat ke kelas you, you kenalah pertimbangkan sama ada dia memang selalu lewat atau jarang2 atau baru pertama kali. You sepatutnya minta alasan mereka. Mana tahu mereka memang betul2 tak sengaja atau mengalamai kesusahan ketika dalam perjalanan atau yang sewaktu dengannya? Kesian mereka. Penat2 berkejar ke kuliah, tiba2 lecturer tandakan 0 pada namanya di atas log attendance. Kan tak patut tu. Tapi, kalau dia selalu lewat, memang patut repeat paper pun. Tu melampau namanya.
    • Kalau rambut students panjang and you tak suka dia macamtu, better you tegur dulu. Sebab mngkin dia memang berniat nak potong, cuma masih belum berkesempatan atau tidak berduit (budget lari). Bagi dia sekian2 tempoh utk potong rambut. Kalau boleh bagi dia seminggu, dua. So, takdalah dia berkejar2 sangat.
  • Lecturer perlu punctual.
    • Lecturer pun perlulah datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Jangan buat students tunggu lama2 sebab bila you buat macamtu, end up diorang hilang mood nak belajar. Dah seronok dia datang dengan semangat kemain borkobar2, tetiba lecturer masuk class lambat sejam. Hangin jugaklah mereka kan? Jgn fikir hangin you kat diorang je.
    • Lecturer juga perlulah inform student awal2 sekiranya class terpaksa dilewatkan, atau dibatalkan. Jangan tinggal five minutes dah nak start class, baru inform. Tekanan kawan dibuatnya. Tambah2 yang duduk luar dan jauh. Kalau yang duduk hostel tu boleh gagah lagi la tak payah keluar duit nak pergi class. Yang duduk luar tu, duit minyak lagi. Tambah yg bawa kereta. Haa. Kalau lewat pun bagitahu awal2 sebab tak perlulah students tercongok tunggu depan pintu hall/class/lab. Boleh jugak dia pergi breakfast ke, lunch dulu sementara tunggu masa nak masuk class, kan?
    • Bagi assignments/lab pun kenalah tepat pada waktunya. Kalau tak, habis lah segala kerja nak kena buat sekali. Penat otak students nak memikirkannya. Tak menang tangan. And sepatutnya satu kerja, bagi lah tempoh one week. So, takdalah terkejar2 students nak buat kerja. Ini tak. Bagi kerja 10 pages harini. Esok nak lengkap report siap semua. Hamik kau. Memang takda orang hantarlah. Jangan salahkan sesiapa kalau jadi mcmtu. Salahkan diri sendiri eh? Sebab tak menguruskan masa dengan baik.
I rasa tu je lah kot yang I nak sampaikan dalam entry ni. The conclusion is, between students and lecturers, masing2 kena jagan manners masing2. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. 

Thank you for reading. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)

Sep 6, 2012

Adults VS Teenagers [Courtesy] (Part 1)

Salam petang, readers.
Courtesy atau semaksud dengannya, peradaban. Menurut pendapat-pendapat most of adults, mereka mengatakan remaja zaman sekarang sudah tidak lagi menghormati orang tua. Kurang adab, kata mereka. Di sini, saya ingin bersetuju. Ya! Memang sesetengah remaja memang kurang adabnya. Tetapi, bukan semua.

Mari kita tinjau apa yang berlaku di persekitaran kita. I want to share some experiences with all of you, readers.

Normally, when I ride my bike heading to class, I'll observe persekitaran sebab I lalu jalan kampung. Bila selisih dengan kenderaan lain, I akan melontarkan senyuman kecil di bibir I. Ya, cuma senyum. Habis, takkan nak tegur sampai "Haa! Pakcik Makcik Adik Abang, tengah buek po tu, jang oi?" Takkan la kan? Heh. So, I senyum je. Senyum membawa seribu makna kan?

Tetapi, permasalahannya yang dapat I perhatikan sepanjang I berbuat demikian. Balasan senyuman tu lebih senang untuk didapati daripada kelompok-kelompok remaja berbanding orang tua/dewasa. Kecewa mak nokss. Penat mak pakai braces utk cantikkan senyuman mak. Hik hik hik. Sangat rare nak dapat senyum balas daripada adults. Why, adults? Why? Apakah benar courtesy tidak dapat lagi dipupuk oleh masyarakat remaja sekarang? Mungkin benar, memang susah untuk membuat seseorang remaja itu beradab dengan orang tua. Tetapi, cuba hangpa pikiaq sikit, awat susah? Sebab contoh-contoh yang diberi kepada remaja zaman sekarang tak elok, tak betul. Tengoklah, orang dewasa susah nak senyum balik kat orang remaja. Kalau benarlah orang-orang dewasa nak memupuk adab baik dalam kalangan remaja, kenapa tak senyum balik bila ada seseorang remaja senyum kat hangpa? Berikan contoh yang baik terhadap remaja. Remaja ni dia suka ikut influence. Baik, buruk influence tu yang ditentukan si peng-influence. *Apa aku cakap ni? Ayat macam kels.* Tapi, korang dapat kan apa yg I cuba nak sampaikan ni? Kalau dapat bagus. Kalau tak dapat, baca balik. Hehe.

So, senyumlah balik bila orang senyum kat hangpa. Jangan asyik dok put the blames on us, teenagers. Kami ni mengikut jaa. Cermin diri sendiridulu. Hik hik. Bukan susah pun nak senyum. Tak kena bayar pun. Takda apa-apa tax dikenakan pun. Takda punya kerajaan nak mai kat hangpa mintak cukai senyum. Kan? Haa. Kepada hangpa2 (tak kira la orang tua atau muda) yang tak tau lagumana nak senyum tu, haa ni dia contoh senyuman2 manis yang bukan I je harapkan, malah semua orang atas muka bumi ni harapkan selama ni;




Kalau takmau senyum macam yang atas2 ni, takut over sangat la konon, senyum macam bawah ni pun dah memadai. As long as korang berikan contoh yang baik terhadap masyarakat sekeliling;


Haa. See. Tak susah pun nak senyum. Lagipun senyuman tu ada satu rahsia yang bukan lagi rahsia. Rahsia itu ialah, senyuman tu boleh membuatkan sesorang itu kelihatan lebih muda dari usianya. Haa. Tak perlu nak cucuk-cucuk botox bagai. Dah boleh nampak cantik dah. Dah boleh nampak handsome. (Cucuk botox boleh buat cantik, handsome ke? Tak pernah pun tengok yang hasilnya cantik. Semua buat, makin buruk je.) Senyuuuum je. Simple kan?

I sedar, bukan mudah nak mengubah peradaban orang lain. Even parents pun susah nak ubah peradaban anak-anak mereka. Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contoh yang baik tu yang paling penting dalam memupuk sifat-sifat positvie dalam diri manusia. Kalau baik contoh diberi, baik lah hasilnya. Kalau buruk, buruklah hasilnya. Jangan buat sampai para remaja hilang rasa hormat terhadap orang tua. Tunjukkan contoh yang hebat. Bukan asyik mempersalahkan mereka. Mereka juga manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Jadi, sama-samalah kita senyum. Tanam dalam diri, bahawa senyum tu free dan bukan satu jenayah.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Thank you for reading. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)