Sep 6, 2012

Adults VS Teenagers [Courtesy] (Part 1)

Salam petang, readers.
Courtesy atau semaksud dengannya, peradaban. Menurut pendapat-pendapat most of adults, mereka mengatakan remaja zaman sekarang sudah tidak lagi menghormati orang tua. Kurang adab, kata mereka. Di sini, saya ingin bersetuju. Ya! Memang sesetengah remaja memang kurang adabnya. Tetapi, bukan semua.

Mari kita tinjau apa yang berlaku di persekitaran kita. I want to share some experiences with all of you, readers.

Normally, when I ride my bike heading to class, I'll observe persekitaran sebab I lalu jalan kampung. Bila selisih dengan kenderaan lain, I akan melontarkan senyuman kecil di bibir I. Ya, cuma senyum. Habis, takkan nak tegur sampai "Haa! Pakcik Makcik Adik Abang, tengah buek po tu, jang oi?" Takkan la kan? Heh. So, I senyum je. Senyum membawa seribu makna kan?

Tetapi, permasalahannya yang dapat I perhatikan sepanjang I berbuat demikian. Balasan senyuman tu lebih senang untuk didapati daripada kelompok-kelompok remaja berbanding orang tua/dewasa. Kecewa mak nokss. Penat mak pakai braces utk cantikkan senyuman mak. Hik hik hik. Sangat rare nak dapat senyum balas daripada adults. Why, adults? Why? Apakah benar courtesy tidak dapat lagi dipupuk oleh masyarakat remaja sekarang? Mungkin benar, memang susah untuk membuat seseorang remaja itu beradab dengan orang tua. Tetapi, cuba hangpa pikiaq sikit, awat susah? Sebab contoh-contoh yang diberi kepada remaja zaman sekarang tak elok, tak betul. Tengoklah, orang dewasa susah nak senyum balik kat orang remaja. Kalau benarlah orang-orang dewasa nak memupuk adab baik dalam kalangan remaja, kenapa tak senyum balik bila ada seseorang remaja senyum kat hangpa? Berikan contoh yang baik terhadap remaja. Remaja ni dia suka ikut influence. Baik, buruk influence tu yang ditentukan si peng-influence. *Apa aku cakap ni? Ayat macam kels.* Tapi, korang dapat kan apa yg I cuba nak sampaikan ni? Kalau dapat bagus. Kalau tak dapat, baca balik. Hehe.

So, senyumlah balik bila orang senyum kat hangpa. Jangan asyik dok put the blames on us, teenagers. Kami ni mengikut jaa. Cermin diri sendiridulu. Hik hik. Bukan susah pun nak senyum. Tak kena bayar pun. Takda apa-apa tax dikenakan pun. Takda punya kerajaan nak mai kat hangpa mintak cukai senyum. Kan? Haa. Kepada hangpa2 (tak kira la orang tua atau muda) yang tak tau lagumana nak senyum tu, haa ni dia contoh senyuman2 manis yang bukan I je harapkan, malah semua orang atas muka bumi ni harapkan selama ni;




Kalau takmau senyum macam yang atas2 ni, takut over sangat la konon, senyum macam bawah ni pun dah memadai. As long as korang berikan contoh yang baik terhadap masyarakat sekeliling;


Haa. See. Tak susah pun nak senyum. Lagipun senyuman tu ada satu rahsia yang bukan lagi rahsia. Rahsia itu ialah, senyuman tu boleh membuatkan sesorang itu kelihatan lebih muda dari usianya. Haa. Tak perlu nak cucuk-cucuk botox bagai. Dah boleh nampak cantik dah. Dah boleh nampak handsome. (Cucuk botox boleh buat cantik, handsome ke? Tak pernah pun tengok yang hasilnya cantik. Semua buat, makin buruk je.) Senyuuuum je. Simple kan?

I sedar, bukan mudah nak mengubah peradaban orang lain. Even parents pun susah nak ubah peradaban anak-anak mereka. Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contoh yang baik tu yang paling penting dalam memupuk sifat-sifat positvie dalam diri manusia. Kalau baik contoh diberi, baik lah hasilnya. Kalau buruk, buruklah hasilnya. Jangan buat sampai para remaja hilang rasa hormat terhadap orang tua. Tunjukkan contoh yang hebat. Bukan asyik mempersalahkan mereka. Mereka juga manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Jadi, sama-samalah kita senyum. Tanam dalam diri, bahawa senyum tu free dan bukan satu jenayah.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Thank you for reading. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)

No comments: