Showing posts with label teeth. Show all posts
Showing posts with label teeth. Show all posts

Sep 11, 2012

8 Tips Kurangkan Kesakitan Selepas Mencabut Gigi

Gambar Hiasan
Bila jadi orang yang pakai braces, mesti akan dilimpahi dengan pertanyaan-pertanyaan tentang 'cabut gigi' yang korang sendiri kena jawab setiap kali di tanya. Kadang-kadang O rasa macam nak cabut lari je bila ditanya. Sebab malas nak ulang-ulang banyak kali. So, I decided to share the answers here, in my blog. After this kalau orang tanya, I suruh dia baca my blog je. Senang kerja.

Contoh pertanyaan yang sering ditanya kepadaku (berserta jawapan);
  1. Weh, you pakai braces ni berapa batang gigi kena cabut? 
    • In my case, I kena cabut 4 batang. Doctor syorkan 4 batang. So, I ikut je. 
  2. Cabut semua 4 batang dalam satu masa ke?
    • Tak. I cabut 4 batang dalam masa seminggu. It depends on you, tahan atau tak tahan. Sesetengah orang, 4 batang dicabut dalam masa sebulan. Manage lah masa until the next appointment dengan doctor.
  3. Semua orang yang pakai braces memang kena cabut 4 batang gigi eh?
    • Tak semua. Ikut case. Ikut apa yang doctor recommend kat you all. Ada juga yang tak perlu cabut. dan ada juga yang perlu cabut sampai 8 batang. Depends on the case you hold la.
Bukan itu je pertanyaan yang diajukan. Banyaaak lagi. So, kalau ada apa2 nak ditanya, sila ke chatbox. :)

Ada juga yang bertanya, "Sakit ke tak cabut gigi?" Ini pertanyaan yang paling biasa didengari. Dan kebanyakan pemakai braces akan cakap "Sakit gilaaa! Rasa macam kena pijak gajah!" For me, that kind of answer is really not true! Sebab bagi I, tak sakit pun. Cuma kadang2 je ada rasa berdenyut2 selepas cabut gigi. Waktu cabut, seriously tak rasa apa2 sebab dia dah bius the gum. So, memang tak sakit. Maybe it depends on the doctor yang cabut juga kot. Tapi, I juga ada mengamalkan tips yang biasa I dengar untuk mengurangkan kesakitan selepas cabut gigi. And alhamdulillah, end up memang tak sakit pun.

Tips yang I amalkan selepas proses mencabut gigi;
  1. Gigit kapas dengan erat sehingga darah berhenti.
    • Normally, after extraction, doctor akan bagi you gigit sejenis kapas. Bukan kapas pun sebenarnya, dia macam kain yang jarang-jarang macam net (jaring) sikit. Kalau dia tak bagi spare, pergi cari kat farmasi. Memang ada. Tujuannya utk bagi darah berhenti mengalir. So, gigit kapas tu dengan kuat. And you gum pun akan rasa relief dan tak sakit. Rajin2 tukar the kapas so that tak terlalu banyak air liur berdarah yang terkumpul dalam mulut.
  2. Hanya berkumur sekiranya darah dan air liur penuh dalam mulut.
    • Actually, kalau boleh jangan berkumur. Just spit out air liur berdarah tu. Tapi, mungkin ada yang akan rasa tak berapa nak selesa. Nak telan, geli. So, kumur. Tapi, jangan kerap as it will cause you darah to start mengalir balik. As I said, just rajinkan tukar kapas tu je.
  3. Jangan ambil minuman panas.
    • Selagi darah tak kering/beku, jangan minum air panas. Boleh menyebabkan darah mengalir dengan lebih banyak. Kalau boleh, perbanyakkan minum ais utk bekukan darah tu dengan lebih cepat. Amboi! Dengar kata suruh minum ais, suka! :P
  4. Jangan usik atau sentuh kawasan cabutan dengan lidah/jari.
    • Kebanyakan orang baru lepas cabut gigi mesti nak gatal-gatal pergi main2 gusi tu dengan lidah. I sendiri pun ada terbuat macam tu. Sebab rasa janggal. So, better don't sebab bila you usik, boleh menyebabkan you gum to start bleeding again. Dah elok-elok darah berhenti mengalir, you gatal-gatal pergi main-main gusi dengan lidah. Tak pasal-pasal je. Haha.
  5. Telan aspririn.
    • Normally, doctor akan bagi beberapa biji aspirin after the extraction. Tapi, kalau tak silap, waktu I cabut kat swasta je dapat. Waktu cabut kat government tak dapat. Aspirin boleh dapat kat memana je pun, lahai. Beli je. Macam I, I makan aspirin only if I rasa ada denyutan yang tak berapa nak menyenangkan. Waktu tu je. Waktu lain I tak makan. So, better buat macam tu la. At least, you tak perlu nak ambil drugs banyak-banyak utk tahan sakit.
  6. Kurangkan kerja-kerja berat.
    • Alahai. biasanya kalau you all cabut gigi. The first thing yang you all nak buat bila balik rumah is tidur. So, better tidur je. Rehat secukupnya. So that takda la you all rasa sakit. 
  7. Jangan makan makanan yang mudah tersangkut dalam gusi.
    • Kalau boleh lah, jangan makan makanan seperti nasi. Tapi, sebenarnya I makan je. Sebab bila nasi tu sangkut kat dalam gusi, mula la you all nak godek-godek gusi tu dengan lidah. Kalau nak makan jugak, make sure jangan godek-godek gusi dengan lidah. Just kumur after makan. Im sure la, you'll start to eat that kind of foods after darah kering. So, no problem lah utk berkumur waktu tu.
  8. Berkumur dengan air garam sekiranya gusi bengkak selepas 24 jam.
    • Tip yang ni, I tak pernah pakai pun sebab my gusi tak bengkak pun after 24 hours cabut gigi. Just I selalu dengar orang kata kalau gusi bengkak, just berkumur dengan air garam. Kalau tiada apa-apa improvement, better pergi jumpa doctor balik sebab waktu tu your gum dah infected dah tu. But don't worry. Takda apa2 yang serious pun sebenarnya.
I rasa tu jelah yang I buat utk kurangkan kesakitan selepas mencabut gigi. Alhamdulillah, I tak rasa sakit pun after cabut gigi. Hope you guys pun macam tu. Cubalah amalkan petua yang I bagi kat atas ni, ya? Selamat mencuba!

Thank you for reading! Have nice days ahead, InsyaALLAH. :)

Aug 28, 2012

Dental Braces

Kebanyakan pemakai braces atau dalam bahasa ibunda, pendakap gigi, atau dalam bahasa gurauan, gigi besi, mengatakan bahawa pemakaian braces sangat menyakitkan. Dalam hal ini, saya tidak berapa bersetuju dengan pendapat mereka yang mengatakan ianya menyakitkan. Maaflah, keputusan SPM Bahasa Malaysia saya tak berapa cemerlang dulu. Hahaha. Ok now, let's talk about having braces on.



Inilah rupa braces yang sering diperkatakan masyarakat.
Sebenarnya braces ada banyak jenis dan rupa (kepada yang tidak mengetahuinya) seperti Metal Braces, Clear Ceramic Braces, dan Self-Ligating Braces. Normally orang pakai jenis metal sbb harga yg murah dan kelihatan menarik sebab ada getah (ligature) warna warni. So, kalau pakai nampak kacak la kan. Heh. Just like me, I'm wearing Metal Braces.

Ok now, I'm telling you why do I object their opinions yg mengatakan "Oh, pakai braces sakit gilaaa!". Sebenarnya ikut pada orang juga. Ada yg betul2 rasa sakit. Ada yg memang tak rasa sakit. Dan ada yg tak sakit tapi buat2 sakit sebab nak psycho org suruh org tu tak pakai braces sbb dia sorang je nak gigi cantik, orang lain tak boleh. Hahaha. Tak elok camtu la korang. Mana tau diorg betul2 perlu pakai braces sbb susah nak makan atau bercakap. Tak pasal2 tak jadi. Haa. The fact is, siapa yang pandai jaga, insyaALLAH ok je sepanjang pemakaian. Eh, tapi I tak pandai jaga, tak sakit pun. Hmm. Tu kena check balik tu.

Pengalaman atau experience pemakaian braces sangatlah menyeronokkan. Bukan semua orang dapat rasa pakai braces. Ok. Truth is, I tak pernah rasa sakit yang teramat sampai tak boleh tutup mulut, air liur meleleh2, tak boleh makan bagai. Even the first day pakai braces pun dah melantak ayam. Haaa kau! Serious tak tipu ni. Pakai braces pagi. Pastu terus cari McD Chicken Porridge sbb tak breakfast lagi waktu tu. Konon2 ingat sakit la. Makan2 porridge, "ek'elehhh, tak sakit pun. Apa yg diorg ckp sakit bagai???". Pastu lunch, my mom masak Ayam Goreng Masak Kicap. Dengan selamba I melantak. Tapi, ayam tu makan tak bersih la. Still ada isi2 tertinggal sebab mcm awkward sikit. Tak boleh nak gigit betul2. Mcm ada benda mengganggu. Heh. Pejam celik, pejam celik, dah 5 bulan I pakai braces. Fikir2 balik, pengalaman yang paling menyakitkan cuma waktu doctor pasang separator kat celah gigi geraham. Waktu tu takda besi2 lagi. Getah separator tu je. Utk makluman, getah separator tu dipakaikan utk merenggangkan gigi supaya ada ruang utk doctor memasangkan band/ring di gigi geraham. Haa waktu tu je yg sakitnya sampai tak boleh nak makan benda2 keras seperti kacang dan kerepek. Tapi, I melantak jugak kerepek. Kunyah pakai lelangit. Hahaha. Dua minggu jugak la tahan sementara tunggu next appointment. Oh, btw, I punya special case sikit. Doctor pakaikan TPA kat lelangit. Mula2 tu memang amat mengganggu je. Sampai pelat lidah bercakap.




Haa ni lah yang dinamakan TPA. Tak semua pemakai braces akan pakai benda ni. Tujuan benda ni dipakaikan adalah untuk hold gigi geraham yang dicengkam supaya dia tak bergerak. Look nice kan? Try la korang pakai. Mesti korang akan rasa benda tu mcm annoying gila sebab bila makan something like mee or bihun, habis bersidai2 laa kat besi TPA tu. -,-"

Setelah 4 bulan melaram dengan gigi besi ni, doctor memakaikan lagi sepasang band/ring di geraham (bawah) belakang geraham yg telah dipakaikan. Kira ada two pairs of bands/rings la kat gigi bawah. Atas, dia belum pasang lagi kot. Hmm Wait and see. Kemain seronok la. Makin berat mulut I hahaha. Takdelah. So, after almost a month dia pakaikan second pairs of band kat gigi bawah, waktu tu bulan puasa. My classmates ada la buat jamuan berbuka puasa kat rumah our academic lecturer. Sebelum berbuka, "Klak!" berbunyi dalam mulut I. Rupa2nya band/ring yang baru dipasang (sebelah kanan) tercabut. Tak sakit pun. Cuma terasa la band tu longgar. Panic sekejap laa. tapi, still boleh buat muka cool and masuk toilet rumah lecturer tu and pasang balik. Nasib baik wire braces membantu. Hehe. Tapi, even dah pasang balik, still longgar la sebab cement dia dah takda, pecah time tercabut tu. Not my fault. Tu kira nurse cement the band/ring tak betul la tuu. Takpa2. Setiap manusia melakukan kesilapan. Sampai sekarang la band/ring tu longgar sbb my next appointment will be on September.

Hmmm. Malas nak bercerita panjang2, kita pergi kepada FAQ about braces.

FAQ

Q: Does it hurt to wear braces? 
A: For me, it doesn't hurt. Not as what people have told me earlier.

Q: Is it hard to brush you teeth? 
A: It is pretty hard to brush at earlier. Dah lama2, relax je.

Q: How long will you wear braces? 
A: Idk. Ummm. Maybe a year and a half. Or, maybe 2 years. Just until my teeth are fixed.

Q: What color of ligatures have you worn? 
A: Normal; All Blue, Green and Red, Orange and Pink. Powerchain; Green, Purple.

Any question? Tanya je kat comment or FB or Twitter. I'll update with new FAQs. Hehe.

See you guys later!
:)