Sebenarnya braces ada banyak jenis dan rupa (kepada yang tidak mengetahuinya) seperti Metal Braces, Clear Ceramic Braces, dan Self-Ligating Braces. Normally orang pakai jenis metal sbb harga yg murah dan kelihatan menarik sebab ada getah (ligature) warna warni. So, kalau pakai nampak kacak la kan. Heh. Just like me, I'm wearing Metal Braces.
Ok now, I'm telling you why do I object their opinions yg mengatakan "Oh, pakai braces sakit gilaaa!". Sebenarnya ikut pada orang juga. Ada yg betul2 rasa sakit. Ada yg memang tak rasa sakit. Dan ada yg tak sakit tapi buat2 sakit sebab nak psycho org suruh org tu tak pakai braces sbb dia sorang je nak gigi cantik, orang lain tak boleh. Hahaha. Tak elok camtu la korang. Mana tau diorg betul2 perlu pakai braces sbb susah nak makan atau bercakap. Tak pasal2 tak jadi. Haa. The fact is, siapa yang pandai jaga, insyaALLAH ok je sepanjang pemakaian. Eh, tapi I tak pandai jaga, tak sakit pun. Hmm. Tu kena check balik tu.
Pengalaman atau experience pemakaian braces sangatlah menyeronokkan. Bukan semua orang dapat rasa pakai braces. Ok. Truth is, I tak pernah rasa sakit yang teramat sampai tak boleh tutup mulut, air liur meleleh2, tak boleh makan bagai. Even the first day pakai braces pun dah melantak ayam. Haaa kau! Serious tak tipu ni. Pakai braces pagi. Pastu terus cari McD Chicken Porridge sbb tak breakfast lagi waktu tu. Konon2 ingat sakit la. Makan2 porridge, "ek'elehhh, tak sakit pun. Apa yg diorg ckp sakit bagai???". Pastu lunch, my mom masak Ayam Goreng Masak Kicap. Dengan selamba I melantak. Tapi, ayam tu makan tak bersih la. Still ada isi2 tertinggal sebab mcm awkward sikit. Tak boleh nak gigit betul2. Mcm ada benda mengganggu. Heh. Pejam celik, pejam celik, dah 5 bulan I pakai braces. Fikir2 balik, pengalaman yang paling menyakitkan cuma waktu doctor pasang separator kat celah gigi geraham. Waktu tu takda besi2 lagi. Getah separator tu je. Utk makluman, getah separator tu dipakaikan utk merenggangkan gigi supaya ada ruang utk doctor memasangkan band/ring di gigi geraham. Haa waktu tu je yg sakitnya sampai tak boleh nak makan benda2 keras seperti kacang dan kerepek. Tapi, I melantak jugak kerepek. Kunyah pakai lelangit. Hahaha. Dua minggu jugak la tahan sementara tunggu next appointment. Oh, btw, I punya special case sikit. Doctor pakaikan TPA kat lelangit. Mula2 tu memang amat mengganggu je. Sampai pelat lidah bercakap.
Haa ni lah yang dinamakan TPA. Tak semua pemakai braces akan pakai benda ni. Tujuan benda ni dipakaikan adalah untuk hold gigi geraham yang dicengkam supaya dia tak bergerak. Look nice kan? Try la korang pakai. Mesti korang akan rasa benda tu mcm annoying gila sebab bila makan something like mee or bihun, habis bersidai2 laa kat besi TPA tu. -,-"
Setelah 4 bulan melaram dengan gigi besi ni, doctor memakaikan lagi sepasang band/ring di geraham (bawah) belakang geraham yg telah dipakaikan. Kira ada two pairs of bands/rings la kat gigi bawah. Atas, dia belum pasang lagi kot. Hmm Wait and see. Kemain seronok la. Makin berat mulut I hahaha. Takdelah. So, after almost a month dia pakaikan second pairs of band kat gigi bawah, waktu tu bulan puasa. My classmates ada la buat jamuan berbuka puasa kat rumah our academic lecturer. Sebelum berbuka, "Klak!" berbunyi dalam mulut I. Rupa2nya band/ring yang baru dipasang (sebelah kanan) tercabut. Tak sakit pun. Cuma terasa la band tu longgar. Panic sekejap laa. tapi, still boleh buat muka cool and masuk toilet rumah lecturer tu and pasang balik. Nasib baik wire braces membantu. Hehe. Tapi, even dah pasang balik, still longgar la sebab cement dia dah takda, pecah time tercabut tu. Not my fault. Tu kira nurse cement the band/ring tak betul la tuu. Takpa2. Setiap manusia melakukan kesilapan. Sampai sekarang la band/ring tu longgar sbb my next appointment will be on September.
Hmmm. Malas nak bercerita panjang2, kita pergi kepada FAQ about braces.
FAQ
Q: Does it hurt to wear braces?
A: For me, it doesn't hurt. Not as what people have told me earlier.
Q: Is it hard to brush you teeth?
A: It is pretty hard to brush at earlier. Dah lama2, relax je.
Q: How long will you wear braces?
A: Idk. Ummm. Maybe a year and a half. Or, maybe 2 years. Just until my teeth are fixed.
Q: What color of ligatures have you worn?
A: Normal; All Blue, Green and Red, Orange and Pink. Powerchain; Green, Purple.
Any question? Tanya je kat comment or FB or Twitter. I'll update with new FAQs. Hehe.
See you guys later!
:)
45 comments:
nak add abg hirzi kat fb , tak boleh lah pulak . nak tanya secara personal sikit . macam-2 soalan nak tanya kat pakar kita seoorang nih . hehe ^^
Eh, kenapa pula tak boleh nak add kat FB? Lgpun I tak approve strangers la. Sorry. Need privacy. Tapi, don't worry la. Tanya je kat blog ni. Kat comment la kalau boleh. Kalau taknak tanya kat comment boleh tanya kat chatbox. =)
tak da . saya nih baru jer nak buat braces . lepas raya hari tuh dah nak buat kat swasta , tetiba hos kerajaan call buat braces kat sana . hurm lama jgk tggu hampir 5 tahun lps daftar kat kerajaan . ayah nak buat kat kerajaan sbb murah jer ..minggu lepas baru jumpa pakar . nak tanya lh lepas diorg ambik acuan gigi tuh berapa lama ek dia nak siap ?? dah lah kena x-ray lagi kat tempat lain . takod dia ambik masa yang lama lh sbb saya tak pegi xray gigi lagi . sebab busy dengan kelas lagi. lagi pon dah nak spm. tak tau lh sesuai atau tidak time mcm nih nak buat braces . baca blog abg baru rasa lega sikit . mula2 mmg takut nak buat braces . hehe . dan diorg xcabut gigi 4 batang gigi dlm masa yang sama kaa ? cousin saya cakap nak cabut gig tuh kena buat pembedahan ,. serius ka?
Bagi I, kalau dah dapat kerajaan, better buat kat kerajaan as you can save money much more. Lepas ambil acuan, ada banyak procedure lagi. Memang agak lambat. Tapi, worth the money la sebab memang bayar murah. Banyak appointment nak kena attend. Just bersabar la. Kalau hari appointment tu ada apa2 paper for SPM, better call the doctor minta ditangguhkan. Tapi, kalau waktu takda paper, pergi je. Sebab appointment takkan take a long time. So, kalau boleh cari masa utk selit2kan appointment. Yupp. X-ray memang kena buat kat tempat lain. I punya orthodontist kat Hospital Kajang waktu tu. Skrg ni dah tukar, kat Klinik Kesihatan Kajang. Just tukar tempat je. Doctor still sama. I pergi X-Ray kat Hospital Serdang. Govenrment ni, awal2 memang leceh sikit sebab setiap appointment memang just for something yang remeh. Tapi, once you dah pakai, dah tak remeh. Just pergi attend appointment once a month or once every two months. Bergantung pada schedule doctor tu. You buat kat hospital mana? About cabut gigi, don't worry. Bukan perlu cabut 4 sekali gus. Boleh cabut satu2. Macam I, doctor bagi tempoh 1 month utk cabut gigi. I cabut 4 batang in a week. Sebab waktu tu cuti seminggu je. Maklumlah study jauh ke Perlis. So, I cabut waktu tu je. Tapi, alhamdulillah, tak sakit pun. I cabut 2 batang kat government, 2 batang lagi swasta. Yang kat government I cabut 1 per satu. Maksudnya, harini 1, lusa 1. Sebab doctor yg kat gov tu tak bagi cabut 2 sekali gus sebab dia takut I taktahan sakit. Tapi, tak sakit pun sebenarnya. Hihi. Yg private tu, I cabut dedua terus sebab waktu tu mcm dah tak sempat sebab cuti dah nak habis. So, cabut terus dedua. Dan tak sakit juga. Kalau nak stay tak sakit, baca my entry about teeth extraction kat link ni. http://hirzifauzan.blogspot.com/2012/09/8-tips-kurangkan-kesakitan-selepas.html And I tak pernah tahu pula yg cabut gigi sampai kena buat operation? I cabut tak kena operate pun. Operation tu mungkin for special case je kot. Mungkin utk gigi yang terlalu teruk keadaannya. I rasa lah. Sebab tak pernah pula I dengar kena operate utk cabut gigi.
Oh btw, ada sedikit nasihat. Jangan terlalu fikirkan apa yang orang lain cakap about putting braces on. Sebab nanti you memang akan rasa takut. Bila nak pakai, just go with the flow. And be strong. Kalau ada rasa sakit berdenyut ke apa, terus telan aspirin. InsyaALLAH sakit tu akan go away. Alhamdulillah sepanjang I pakai, tak pernah rasa sakit yang teramat macam kawan2 I cakap waktu sebelum I pakai. Kadang2 diorg nak psycho je. Tapi, ingat. Lain orang, lain kesakitannya. Just jangan terlalu manjakan sakit tu. Kalau manjakan, lagi sakit la dia. Hehe. Good luck for you journey to put braces on yaa! And welcome to the BRACES CLUB! =D
same goes to me.lps pasang braces tu trus bedal nasik ayam.and yes!TPA tu mmg annoying gle.nk ckp pn ssh.tah pape je bunyi nye.bdw thanks ya for sharing ur expirence :)
Sama-sama, cik Miera. Terima kasih juga untuk anda kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya yang tak seberapa ni. :)
Hmmm. i dah ada rasa takut sikit la :S coz mine is 'special case' sikit hehe, i ada gigi silu, & bawah gigi silu tu ada lg small fang, tp not in a proper position la. so doktor cakap gigi silu buang & small fang tarik ke depan. part tarik tu yang tak boleh imagine.. ada yang cakap bab2 ketat2 kan ni memang sakit.. sigh, now im just waiting for my turn which is roughly in 1/2 months lagi. sorry for my languange ye.. salam from Brunei :)
Tak perlu takut la. Bab ketat-mengetat tu kalau sakit pun tak lama. A day or two je. But for me, after dia ketatkan tu tak sakit pun. Cuma mcm kebas sikit la kalau kita menggigit. Pengalaman semua tu. :)
Salam, after cabut gigi, memang semua orang yang nak pakai braces kena pakai separator dulu ya? Musykil ni hmmmmmm
Sy baru jer pkai braces 26 mac 2013.. Lpas pakai balik rumah trasa sgt lapar, bedal nasi ngn lauk ikan tongkol msak smbal.. Masa tu xrasa sakit lg.. Cuma time nk ngunyah jer rasa siksa sgt sbb rasa mcm kunyah besi2 kt gg graham tu.. esok tu bagun2 pg rasa sakit gg.. Nk gget pun xbleh n arinie ase dh oke ckit.. Sy kna cbut gg 4 btang jgk.. Mmg trsiksa.. Tp sy xmnyesal buat braces nie.. Huhu.. Thanks sbb entry awk mnambahkn pngetahuan sy tntang braces nie :)
Xsmua kna pkai separator tu.. Bgantung pd gg la.. Pkai separator kdg2 rase sakit kdg2 x.. Kna sabar la.. :)
You're welcome. :)
Yupp tak semua kena pakai separators tu. Kalau gigi dah ada ruang utk doctor masukkan band, tak payahlah pakai. But mostly, org kena pakai. :D
Assalamualaikum kepada semua, , ,bagi sesiapa yang ingin memasang braces dengan harga RM3200 SAHAJA control tiap bulan hanya RM50 boleh bertanya di email red_mirror94@yahoo.com atau whatapp +6287769444179
Area Kajang
salam...
saya dh setahun pakai braces...sblm ni ok jer..pastu dokter kata pergerakan gigi saya lambat....so dia pasangkan besi kat lelangit mcm dlm gmbar awk tu.... skrg dh 4 hari saya ckap pelat...sgt terganggu...
nak tanya..masa awak dulu lama x situasi mcm ni...
Wsalam Khayra Sofea.
Waktu awal-awal I pakai dulu, memang automatic pelat. Lagi2 bila nak sebut perkataan yg ada huruf G, like "GIGI". Saya ni dah la memang dah pelat huruf S and Z. Bertambah2 pelatnya. Haha. Tapi tak lama. Kejap je. Like seminggu kot. Ntah tak ingat. But dont worry. You will get used to it sooner/later. Sorry lambat reply. :)
ada kemungkinan tak kalau tak pakai braces gigi akan kembali ke gigi asal?
Assalamualaikum , berapa harga braces ek dan camna nak bayar ?
Boleh tangguh appointment lebih Dari 10 hari x.. Or boleh 2 3 hari aje
Boleh Tangguh appointment lebih Dari 10 hari x.. Atau leh tangguh 2 3 hari aje..
Ada kemungkinan gigi akan bergerak semula, kembali ke tempat asal. Sebab tu pentingnya retainer.
Harga braces boleh google. Lain tempat, lain harga. I pakai kerajaan je. ;)
I've never get my appointment postponed to more than ten days, so I taktahu lah boleh ke tak. Tak digalakkan, for sure! So, better ikut tarikh yg ditetapkan. I cuma pernah tangguh sehari je. Itupun sebab terlepas tarikh, tak perasan. Haha.
*Sorry lambat reply to you guys. Sejak start kerja, busy je. Tak menyempat nak buka blog.
salam,pakai braces pada gigi atas dpan sje bleh tak?
Salam. Entry anda sgt memberi info untk saya. Cuma nak tanye boley ta kalau kita tukar klinik utk rawatan braces ney? Kalau pindah jauh dari rumah or daerah o negeri? Klinik swasta maksud saya.
Salam Amir, setahu sy tak boleh. Sebab ring/band perlu dipakaikan pada geraham utk pegang the whole braces. kalau pakai atas sahaja, boleh lah.
Hakim, setahu sy boleh tukar klinik utk rawatan. Cuma kena inform pada doctor u lah. Mungkin kena buat surat. Cuba tanya pada doktor yg lama. Sy tak berapa pasti sebab sy pakai di klinik kerajaan.
Salam..saya skrg tgh pakai separator..smpai bila kita kena pakai separator ni?
Kes sy tak perlu pakai separator.. dentist tu just guna special bracket ukt hold the wire.
Sy da email...
Sangat membantu entry you. Hee. I kene cabut 4 gigi and sbenarnya tak sakit pun okay. And bila ketatkan braces biasany 2hari je sakitnya. Lepas 2Hari tu nak gigit tulang ayam pun boleh dengan gembirany HHA.
Hi, Im Eja from Subang. just nak tanya la kot2 u tau. boleh ke pakai braces bahagian atas je? since yg bhgn ats ade sbtang gigi je tersorok ke dalam..yg lain sume ok..pastu memang perlu cabut geraham ke? sayangnye nak cabut. lagipun i pernah cabut gigi bongsu yg tersorok dlm gusi, ntah camne doctor tu ptong gusi, smpai skang deria rasa lidah i sebelah kanan hilang and still can feel the pain when i brush teeth or eat spicy food. takut nanti cabut geraham tu, langsung x rase pape dah. well, just sharing story and kalau boleh jwb le soalan tu..hehe..thanks
Haii nak tanya. Mcmana kite nak tau bila turn kita dekat hospital kerajaan? Dia call ke nanti?
bper lama u tunggu appoimnet dgn gov?
Assalammualaikum. Nak tanya kalau ada gigi yg perlu dicabut boleh tak doktor suruh dia numb kan supaya tak rasa sakit dicabut? Sebab saya ni ada fobia xkit. Takut sakit
salam nak tya,i tak penah pkai braces..can i pkai retainer? sebab gigi i makin ade spacing..tp tak teruk sgt and kalau boleh i taknak pakai braces..anyone? i nak tya opinion dlu before proceed to dentist..tq
As salam saya nak tanya pakai TPA ni kan dia memang x sampai dekat lelangit kita ke ? Sbb nak telan makanan pun susah ..
As salam saya nak tanya pakai TPA ni kan dia memang x sampai dekat lelangit kita ke ? Sbb nak telan makanan pun susah ..
Mcm gigi bwh belah kanan sy ni..xleh nk pakai separators tu..sbb xde ruang..doc cuba masukkan gak..tp xleh masuk btl2..ptg tu separators tu tcabut huhu so perlu ke jumpa doc tu blk??kalau xpakai..nnti nk letak ring yg besi tu..mcm mn nk masukkan??
Mcm gigi bwh belah kanan sy ni..xleh nk pakai separators tu..sbb xde ruang..doc cuba masukkan gak..tp xleh masuk btl2..ptg tu separators tu tcabut huhu so perlu ke jumpa doc tu blk??kalau xpakai..nnti nk letak ring yg besi tu..mcm mn nk masukkan??
Nice blog.. Btw sy bru pakai braces hari ni.. Skali dgn TPA.. Btw sy ada update dlm ig @suzynurazilayusoff
Kalau gigi geraham bawah sebelah lagi full sebelah lagi tggal satu n longgar...boleh ke pakai braces
Kalau gigi geraham bawah sebelah lagi full sebelah lagi tggal satu n longgar...boleh ke pakai braces
Kalau pakai braces kena cabut gigi ke ?
My nephew dia pakai braces then muka dia bengkak gila
Actually la kan,cabut gigi dulu or pakai separator tu dulu?
Saya nk tnya saya pakai yg getah tu yg cakuk kt besi tu mmg sakit ka bila nk mkn then gusi belakang saya isi dia mcm terkeluar mmg dia akn jadi mcm tu ka ?? Sbb dh dua minggu lebih saya tk mkn nasi dh sbb nk buka mulut sakit sbb tkley nk gigit , bila gigit pipi belah kanan akn sakit and dia mcm ada luka kt situ....
After seminggu oke kee nak makan pakai tpa ni ?
Post a Comment