Aug 31, 2012

Tips Pengecilan Badan

Majority kenalan yang dah lama tak jumpa I akan cakap, "Eh, what happened? Why so kurus?", "Kurusnya kau! Tak cukup makan ke?", dan "Wahh! Dah handsome dah kau, kurus je.". Ada juga yang cakap I kurus dan dah tak handsome. Tak tahu nak dengar yang mana satu. *sigh*

Sebenarnya, takdalah kurus mana pun I ni. Cuma tak dinafikan lah berat I memang dah menurun walaupun tak banyak. Lebih kurang 13kilo je. Heh. Daripada 78 turun ke 65. Alhamdulillah.

Gambar sebelum diet

Gambar selepas diet.

Sorry, I didn't have any other suitable pictures of me. Ni je yang boleh nampak bezanya walaupun tak berapa nak nampak. Jadi, berdirinya saya di sini di mana sebenarnya sedang duduk menaip, ingin menjawab semua soalan kalian.

Kepada yang bertanya, "Kenapa kau kuruskan badan? Why??? Whyyy???". Di sini jawapannya;

I mengecilkan (bukan mengkuruskan) badan sebab dah terasa diri sangat berat dan kurang sihat. You know when you gained some extra weight, you'll feel something different and waktu tu lah penyakit2 datang menyerang sewenang2nya. Taktau lah you guys pernah rasa ke tak? Itu lah jawapannya.

"Mcm mana kau boleh kurus ni? Share lah sikit kat aku."

I'm not kuruslah! Kecil sikit je. Haha. Tak semua orang boleh ikut my ways of kecilkan badan sebab badan I memang jenis senang naik dan senang turun beratnya. Tapi, takpa, I'm just gonna share. So, here are my tips of kecilkan badan;

  1. Kurangkan pengambilan nasi. Daily. Kalau sehari korang makan nasi twice, make it once. Ini kerana kanji yang terkandung di dalam nasi merupakan carbohydrate. Apabila carbohydrate masuk ke dalam tubuh badan, ia akan bertukar menjadi glucose. Terlalu banyak glucose terkandung di dalam badan boleh menyebabkan kegemukan. So, nasi, kurangkan. Kebanyakan melayu akan cakap, "Mana boleh tak makan nasi! Matilah!". Banyak lagi makanan lain cik oii. Jangan dok buat kelam sangat. Kalau hang nak kuruih, hang ikut. Takmau sudah. Heh.
  2. Kurangkan pengambilan makanan berminyak. Biasanya, kedai2 melayu ataupun tukang2 masak melayu suka menggunakan minyak berlebihan di dalam menu mereka. Jadi, kalau you guys makan kat kedai, make sure makanan kat kedai tu tak terlalu berminyak. Kalau boleh cuba elakkan makan kat kedai yang banyak makanan berminyak. And kalau you guys masak sendiri, of course lah you guys sendiri yg kurangkan penggunaan minyak tu. Pengambilan minyak terlalu banyak boleh produce lemak yg banyak di dalam badan. Badan terlalu berlemak tidak bagus untuk kesihatan dan boleh menjadi punca penyakit seperti penyakit jantung dan paru-paru tersumbat. You guys nak ke penyakit2 tu? Haa bahaya tau.
  3. Perbanyakkan senaman atau aktiviti2 sukan. Paling tidak, korang boleh ajak dua tiga orang kawan main badminton ke, jogging ke? As long as you guys mengeluarkan peluh. Lagi banyak lagi bagus. Mcm I, I tak suka jogging tapi I suka main bola tampar. Sekali-sekala main badminton, swimming dan ke gym utk menguatkan otot2. Heh. Tapi, muscles tak besar2. Sedih. :(
  4. Jangan baring selepas makan. As we all know, kalau kita baring after having a meal, digesting system kita akan terbantut, makanan2 yg telah ditelan sukar untuk bertukar menjadi zat2 yang diperlukan oleh badan because they stay in the tummy. This case boleh menyebabkan kebuncitan. Kebanyakan remaja melayu suka baring after makan. Sbb tu bila dah meningkat dewasa, diorg akan jadi buncit. (Padahal I pun buncit. TAPI DAH KURANG OKAY?) So, adalah digalakkan utk semua mengamalkan berjalan 40, 50 langkah selepas makan. Tak payah berlari pun. berjalan je. Berlari karang, muntah pulak. Hehe.
  5. Lebihkan pengambilan air kosong dan air mineral. Kurangkan air manis. Sama seperti nasi, jika kita mengambil terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian, gula tersebut akan bertukar menjadi glucose apabila sampai di dalam badan. Dan boleh menyebabkan kegemukan. Bukan lah tak ambil gula langsung dalam sehari. Ambil juga. Cuma dalam keadaan yang minima. Kalau tak ambil langsung nanti, hypo pulak. Takda energy. Lagi susah. Hehe.
  6. I juga mengurangkan pengambilan segala jenis makanan. Contohnya, if I normally makan 4 kali sehari, I kurangkan menjadi 2 atau 3 kali sahaja sehari. Bergantung dengan meal yang di ambil. Biasanya I akan makan makanan ringan seperti Oat dan Nestum untuk breakfast. Makanan berat goes to lunch, tapi kurangkan nasi, lebihkan lauk berprotein tinggi seperti ikan, ayam atau daging. Dinner, kalau lapar baru  I makan. Itupun makan makanan yang ringan2 seperti roti dan mee yang kurang carbohydrate dan elakkan makan terlalu lewat. Kalau boleh makan before pukul 10.00PM.
Rasanya itu je lah tips yang saya ada. Kalau ada apa2 perkembangan lagi, nanti saya update. After 4 months I amalkan diet seimbang ni, I turun 11kg. Lagi 2kg tu, sampai sebelum puasa haritu. Alamak! Almost lupa nak mention. Dulu I punya pinggang size 33. Now tinggal 29-30. Hehe. My mom banyak bagi seluar dia kat I. I dah boleh muat seluar dia. :D

Ok, selamat mencuba kepada sesiapa yang berniat utk mengecilkan badan. Amalkan gaya hidup sihat, readers. Thanks for spending time reading. Have nice days ahead! :)

2 comments:

Unknown said...

Bagus ...:)

Anonymous said...

nestum kalau mkn dngn milo bole kurus ke