Sep 5, 2012

The Desire to Have a Family

Hello, readers! :)
I baru je balik dinner at Abang Jai's Warung. All of sudden, timbul rasa nak berkeluarga dalam diri I. Kemain panjang I berfikir tadi. Hehe. Bukanlah I ni gatal or what kan. Just teringin je. Hew hew hew.

Cerita dia macam ni. Tengah enak I menikmati hidangan Roti Kahwin (Roti Telur + Roti Kosong) yang Abang Jai siapkan utk I, tetiba kedengaran pekikan seorang kanak-kanak perempuan dari kawasan belakang rumah, "Ayaaah!". I tau, memang kediaman Abang Jai kat kawasan tu je. Lepas tu, tetiba Abang Jai yang menyahut, "Yaaa!". Rupa-rupanya anak Abang Jai yang memanggil. Anak kecil yang berusia lingkungan 4, 5 tahun tadi terus memekik memanggil ayahnya sambil dia berjalan menuju ke warung. Setibanya dia di seberang jalan, Abang Jai terus berkata, "Haa. Tunggu situ. Tunggu situ. Motor laju tuu. Tunggu sat." Selepas kenderaan-kenderaan yang lalu lalang di jalan tu lenyap, Abang Jai terus melintas jalan untuk mendapatkan anaknya. Dipimpinnya tangan anaknya dengan erat lalu membawa anaknya melintas jalan dengan selamat.


Pimpinan ini lah yang diidamkan oleh lelaki-lelaki yang mahu bergelar bapa. Daripada pimpin anak dara orang lain, lebih baik pimpin anak sendiri. :p
I selalu perhatikan kat mana2 je I pergi. Suka tengok kalau anak yang kecik2 pimpin ayah dia. Nampak comel je. Rare sebenarnya. Biasanya kalau pimpin anak ni, si isteri. Macam my dad la. Kalau jalan memana, dia menononggg je jalan ke depan. Wife dia, I yang pimpin. Hew hew. Tapi, serious. I suka sangat tengok. Comeeel je. Plus, kalau anak dia putih2 gebu2 pipi merah2. Tak kisah la laki ke perempuan. Selalunya yang nampak bapa pimpin anak ni orang2 Arab. Kalau jalan2 kat Mid Valley tu, mesti nampak. Dah la anak2 orang Arab comel2 gilaaa! Tu yang buat I rasa nak berfamily tuu. 

Hmm tapi malangnya, I ada prinsip hidup sendiri. InsyaALLAH akan ditepati dengan baik. I dah tanamkan siap2 dalam diri I. I tak nak ada girlfriend until I habis Degree. Kalau nak langgar prinsip pun, biar time2 nak habis Degree. Tu takpa. Itu pun I taknak terlalu rapat dengan my future girlfriend tu. Biar berkawan macam biasa. Dah habis Degree, kerja and sambung Master. Lepastu baru fikir nak kahwin. Lambat lagi lah I kahwin gamaknya ni? Haha. I tak kisah. Yang penting biar sampai masa I dah bersedia betul2 untuk sara hidup anak dara orang dan anak-anak I nanti. InsyaALLAH. Biarlah orang nak cakap apa pun. Yang penting, I taknak susahkan hidup sesiapa. Buat masa sekarang ni, I fikir, manalah ada duit? Nak sara diri sendiri pun tak lepas, mintak mak ayah lagi duit nak makan. Ini pulak nak jaga anak orang? Credit phone, lepak2 dating nak makan bagai. Seriously, kalau bercinta sekarang, bagi I macam membazir gila. Belum tentu akan ke pelamin lagi. Buat habis duit je. Sorry la kepada sesiapa yang terasa tu. Ini cuma prinsip hidup I je. Just nak share. Mungkin kepada yang dah berhabis duit kat girlfriend korang tu, korang boleh kurangkan. Dan mungkin juga dengan cara mengurangkan penghabisan duit terhadap korang punya relationship tu, boleh menjamin lagi relationship korang sampai je jinjang pelamin, insyaALLAH. Take it slowly, guys. Tak perlu terburu2. Kalau ada jodoh, ada lah tu. Doa tu lagi penting daripada berhabis duit terhadap sesuatu yang masih tak jelas.

Well, I guess, that's all for tonight. 
Thank you for reading. Have nice days ahead, InsyaALLAH. :)

5 comments:

Anonymous said...

salam...
dlu b4 msk belajar semula...saya pn xpikir nk couple2 ni...
tp it just happen....
(-_-)

Hirzi Fauzan said...

Kalau macamtu, mungkin itu jodoh awak. Takpa, jangan salahkan diri sendiri. Dah ditakdirkan dah. Allah yang tulis semua tu. Kalau saya pun tiba2 ter-couple one day before habis degree, saya tak salahkan sesiapa. Cuma saya akan mengambil langkah seperti yang telah saya nyatakan di atas, take it slowly. Kalau bercinta bagai nak rak waktu belum kahwin, tak best juga kan? Hehe. Skrg ni, saya nak ucap terima kasih banyak sebab sudi luang masa baca blog saya. Kalau sudi, share lah dengan kawan2 maklumat2 berguna drpd saya ya? Terima kasih tau. Have nice days ahead, insyaALLAH. :)

Izura Abd Shukor said...

Semua orang ada perasaan nak kahwin especially time in the early 20's. Kita tengok orang lain ada teman hidup, and kita rasa macam seronok aje. Itu lumrah kehidupan manusia. What you want in your life is amazing. How you take care of yourself by not having a GF and think about the future is very good and I respect you for that. Just remind yourself, "Kita mungkin tak akan dapat apa yang kita nak sekarang, kita tahan tp Allah has so much for us in the future insya-Allah." Tak rugi kalau tunggu. :)

Hirzi Fauzan said...

Betul! Tepat sekali. Saya sokong pendapat Cik Izura. Allah Knows better than us. Kita je kena pandai berdoa. Terima kasih, Cik Izura. :)

haz said...

dh jatuh hukum wajib kawen ni. hahahha xD but yes. sgt stuju with ur opinion. haz pn x penh bercouple n xnk pun. time dh kerja nanti br cr clon suami tros. hihi